Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryJul 28, '07 2:57 AM
for everyone

 

   Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."

(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Martabat hadith: Sahih

Kesimpulannya:

   Dapat kita ambil dari hadith ini bahawa Nabi s.a.w. menganjurkan kepada kita supaya memberitahu kepada saudara seislam kita yang kita kasih dan sayang. Ini akan menyemarakkan lagi rasa kasih dan sayang sesama saudara kita, teman2 kita, rakan2 kita dan sahabat kita. Ini juga akan membuatkan teman kita lebih senang dengan diri kita.

   Kadang-kala teman kita tidak tahu bahawa kita mengambil berat tentang diri mereka. Kadang-kala juga kita sendiri tidak tahu bahawa teman kita juga sebenarnya ambil berat tentang diri kita. Apabila kita lafazkan atau luahkan mungkin pagar-pagar ketidak-tahuan itu dapat dipecahkan.

   Namun, bila kita menyatakan rasa kasih tersebut hendaklah kita jaga diri kita dari perkara yang terlarang dalam Islam. Jangan kita ambil hadith ini sebagai alasan kita untuk meluahkan rasa kasih pada teman istimewa kita. Senang cakap, jangan kita gunakan ayat2 al-Qur'an atau hadith sebagai alat untuk meng'justify'kan hubungan "Cinta" itu.

   Hubungan sedemikian adalah haram. Tiada istilah "cinta" (dua insan berlawanan jenis yang bukan mahram) sebelum pernikahan dalam Islam.

   Dari itu, sama2lah kita berusahalah memupuk ukhuwwah yang sihat dan mengikut cara yang Allah s.w.t. redhai. Mohon pada Allah agar diselamatkan dari terjerumus ke arah yang boleh mendatangkan murka Allah pada kita..Nau'dzubillah min Dzalik. Sebarkanlah rasa kasih kita pada teman, sahabat, rakan kita.

Wallahu a'lam.

 

*Ku tujukan khas buat teman2 sekelas ku (m.a.i & m.w.t.i). Moga ukhuwwah kita di dunia ini membawa manfaat pada diri kita. Harapan ku, agar dengan ukhuwwah ini juga dapat membawa kita semua ke syurga. Cita2 ku moga kita dapat bersama menikmati nikmat terbesar di syurga iaitu apabila kita bersua muka dengan Pencipta kita..Allah s.w.t.

Uhibbukum Fillah.  


rifhana wrote on Jul 28, '07
Salaam.. Post yang baik sekali.. alhamdulillah... kadang2 dalam kesibukan kita terlupa tentang kepentingan ukhuwah.. semoga kita semua akan sentiasa dalam rahmatNya dan selalu ingat mengingati.. Thanks bro..
nasu3028 wrote on Jul 29, '07
Syukran..betui tu kate anti, bile kwn kte ade depan mata kdg kte kurang appreciate de, tapi bile da berjauhan baru la terase..:-)
nutella914 wrote on Jul 31, '07
Uhubbukum?
errk..betui ke?ke Uhibbukum?hheeheh..
correction correction..maap ye! :D
nasu3028 wrote on Jul 31, '07
hehehe prasan je budak kecik ni..syukran ya ukhti.
naia1924 wrote on Aug 23, '07
memang budaya menyatakan rasa kasih pada sesama muslim tidak aneh pada zaman rasulullah dulu, tapi kalau kita lihat pada zaman sekarang rasanya tidak lazim menyatakan rasa kasih pada sesama muslim apalagi sesama jenis, nanti dikira lesbi or homo....
Add a Comment